Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Lagu Raya

Lagu Raya Malam ini sudah masuk hari ke-17 umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak. Hari Nuzul Quran. Umat Islam akan menyambut Syawal akan tiba. Manakala  Palestine terus dibom!  Diantara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa sudah pasti jauh berbeza. Orang yang berpuasa sudah pasti berselera menjamu juadah diwaktu malam. Tapi orang yang tidak berpuasa sudah tentu makannya tidak sempurna kerana perlu makan secara sembunyi-sembunyi. Jadi, jika ada yang masih belum berpuasa maka esok kena puasa! Pastinya dalam masa yang masih berbaki anda akan merasai nikmatnya berpuasa. Tanyalah anak-anak apa yang menarik ketika berpuasa, mereka akan menjawab "makan dan minum". Begitu juga "lagu raya". Cuba dengar dalam bulan Ramadhan tentu sekali lain rasanya. Tidak sama jika anda mendengar diluar bulan Ramadan dan Syawal. Walaupun saya kurang bersetuju pasaraya memasang lagu-lagu raya diawal Ramadhan seolah lebih mempromosi raya dari puasa.