Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Sekali lagi! Bila lagi agaknya?

Kemalangan bas express yang melibat 10 orang terkorban di Ipoh mengejutkan Polis, Bomba, RELA, petugas hospital, wartawan. Sebenarnya lebih mengejutkan lagi ialah keluarga mangsa yang terlibat. Bagaimana dengan pemandu bas express? Kemalangan melibatkan nyawa seramai 10 orang bukan boleh dibuat main-main. Seorang pemandu yang hanya melanggar seekor ayam atau kucing boleh trauma seminggu. Inikan pula 10 orang. Sesiapa sahaja yang pernah bertemu bas perjalanan jauh di lebuhraya mungkin sering bertemu dengan pamandunya yang memandu laju. Maaf kepada yang tidak memandu begitu. Saya pernah memberi laluan kepada sebuah bas yang dipandu laju di belakang kereta saya. Saya pernah melihat sebuah bas membunyikan hon kepada sebuah kenderaan dilebuhraya sedangkan kereta tersebut memandu di lorong tengah. Saya pernah menaiki bas dari Guar Chempedak, Kedah pada suatu malam. Selepas bas tersebut mengambil penumpang di Sungai Petani, Kedah bas tersebut hanya berhenti rehat di R&R Tapah, Ip

Di mana Nana?

Dia sepatutnya menghadiri kuliah seorang Profesor pada pukul 11 pagi. Namun beliau datang berjumpa saya terlebih dahulu. Saya pasti perbualan saya tidak patut diketahui oleh orang lain maka saya membawa dia ke bilik seminar yang berdindingkan cermin. Nana (bukan nama sebenar) tidak hadir kuliah seni foto saya selama 10 kali dari 14 kali. Mengikut peraturan dia wajib saya halang daripada mengambil peperiksaan. Namun sikapnya yang masih menghormati saya dan datang mencurahkan masalah maka saya harus memberikan dia pertimbangan yang adil. Perbualan dimulakan dengan tenang. Namun lama kelamaan saya lihat air jenih bergenang di kelopak matanya. Matanya semakin bersinar kerana air itu. Nana menghadapi satu masalah yang besar. Saya agak hilang pertimbangan apabila dia memberitahu sesuatu yang sukar saya dengar. Saya mendengar pengakuan itu seolah dari seorang adik atau anak perempuan! Namun saya harus melayannya secara professional kerana saya staff universiti dan dia adalah pelajar (pela

Hidayah yang syahdu

1 Muharram 1431 Kali terakhir saya dipertemukan dengan Ariff ialah semasa dia datang untuk menjemput ke majlis perkahiwinannya dengan seorang gadis dari Kelantan. Ariff memberitahu saya neneknya berpesan agar menjaga bakal isterinya baik-baik. Saya teringat Ariff sempena Maal Hijrah 1431. Kisah beliau sudah lama ingin dicatatkan dimana-mana terutama setelah terbinanya blog ini.Namun ketika itu keadaan Ariff belum stabil maka saya biarkan sahaja. Kenapa Ariff yang harus saya catatkan kisahnya? Kisahnya bermula kira-kira lima tahun lalu ketika cuti pertengahan semester. Dia pelajar saya untuk kursus seni foto. Kekeliruan timbul apabila saya membuat semakan daftar nama pelajar ketika musim peperiksaan.Nama di dalam slip peperiksaan lain dan nama dalam daftar kehadiran tidak sama. Akhirnya semasa semester kedua dibuka semula, Ariff memberitahu saya nama sebenarnya seperti di dalam slip peperiksaan. Manakala dalam daftar kehadiran adalah nama Islamnya. Saya harus merahsiakan neg

Wang tabung

Seorang rakan saya telah minum di sebuah restoran. Kebiasaan restoran terdapat tabung derma kebajikan untuk mana-mana pertubuhan. Apa yang menjadi persoalan ialah apabila rakan saya menceritakan bahawa ketika hendak membayar setelah selesai menjamu selera, pekedai itu telah membuka tabung tersebut untuk memperolehi wang kecil. Timbul tandatanya kenapa harus dibuka tabung tersebut kalau hendak mendapatkan wang siling. Disini sudah tentu timbul jawapan bahawa apabila setiap pelanggan membayar dan memiliki wang lebih katakan lima puluh sen dan memasukkan ke dalam tabung tersebut. hasilnya katakan pelanggan mengeluarkan RM10 dan wang lebihan lima puluh sen sudah tentu pemilik restoran itu memperolehi laba. Atau, pemilik restoran itu telah memecah amanah hasil kutipan dari tabun tersebut yang boleh dibuka pada bila-bila masa.

Harga barang di Taman Negara Pahang

Imej
Kasut yang paling sesuai untuk bekerja di sungai Minggu lepas (30hb Oktober-1 November 2009) saya bersama sembilan lagi peserta ke Taman Negara Pahang untuk satu tugasan merakam gambar. Taman Negara Pahang merupakan satu lokasi pelancongan yang menarik bagi anda yang sukakan alam sekitar yang hijau, damai dan sunyi. Tanggapan awal hasil pengalaman Kamarul dan Ismail bahawa mungkin kurang terdapat kedai di sana maka saya dan beberapa orang rakan telah menyediakan beberapa bungkus biskut kerana kuatir tentang harga barang yang mungkin mahal. Namun andaian itu salah apabila tiba di sana terdapat kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit dan cenderamata. Oleh kerana tugasan kami akan mengharungi sungai maka saya mencadangkan kepada rakan-rakan menggunakan kasut plastik yang murah. Harga kasut tersebut saya pernah beli hanya dalam lingkungan RM 5 sahaja. Ketua saya Prof Dr. Kamarudin pada malam kedua telah membeli sepasang kasut dengan harga RM12. Selepas itu rakan-raka

Makan, kawan dan kemesraan

Sebelum pukul 12 tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada Kamaluddin. Rakan sekolah, rakan sekampung di Sungai Batang, Sik, Kedah. Walaupun dia muda setahun, namun perbezaan umur hanya setahun kami macam sebaya. Tambahan kedewasaan kami menjadikan faktor umur tidak ketara. Kamaluddin (selepas ini saya akan sebut sebagai Din sahaja) kalau lama tak jumpa pastinya dia akan sms, menelefon atau ajak makan. Din tinggal di Salak Tinggi, bekerja dengan RISDA Bandar Baru Bangi, Selangor. Berkahwin dengan orang Alor Star, isterinya kini seorang pegawai di jabatan pendidikan. Ketika makan tengahari yang saya belanja kerana ada sikit rezeki lebih, kami mengambil tempat duduk berhampiran BSN Kompleks UNIKEB. Masalahnya setiap orang yang melalui meja makan kami semuanya menyapa saya dan sudah pasti ada yang saya perlu tegur. Mungkin kerana kerjaya saya sebagai jurufoto di UKM membuatkan ramai yang mengenali saya. Akhirnya, selepas seorang pensyarah yang duduk semeja kami jadi

Dia seorang Seniman

Senator Tan Sri Jins Shamsudin nama besar dalam industri perfileman. Lakonannya yang mantap, wajahnya yang kacak membuatkan dia antara seniman yang menjadi ikon dalam dunia perfileman. Allah menentukannya maka dalam usia 73 tahun beliau masih sihat dan petah bercakap. Gaya ia bercakap seperti mana kita menonton lakonannya di layar perak mahupun dalam drama TV. Ramai peminat mungkin tertanya-tanya bagaimana boleh wujud nama Jins. Menurut Tan Sri Jins, emaknya hendakkan nama Zin, namun ketika ayahnya membuat pendaftaran, polis yang membuat pendaftaran itu tidak boleh menyebut Zin, akhirnya tertulis Jins. Setelah dewasa beliau cuba menyemak nama Zin mengikut tahun kelahirannya. Namun nama Jins sahaja yang ada. Akhirnya nama Jins Shamsudin diterima. Nama Jins bukan nama samaran ia adalah nama sebenar dalam Maykadnya. Dua hari lepas saya dan rakan-rakan sepejabat berpeluang bertemu dengan beliau ketika menjadi tetamu Pusat Penerbitan UKM. Saya pernah bertemu dengan Jins beberapa kali k

Hari Ibu.....

Imej
Gambar hanya hiasan-oleh Raai Hari Ibu 10 bulan Mei. Apakah kerana untuk mengingati ibu kita harus mengadakan Hari Ibu? Pada saya jika untuk mengingati ibu dengan cara mengadakan hari Ibu itu lebih baik dari pada langsung tak ingat ibu. Jangan marahkan orang menyambut Hari Ibu kerana ada orang menyambut Hari Kekasih bagaikan nak "rak". Takkan lah nak sambut Hari Ibu tak boleh. Yalah, kalau anda setiap hari menyambut Hari Ibu tahniah! Tapi bagaimana anda yang jauh setiap hari anda SMS Ibu, atau lebih hebat telefon ibu? Saya lebih suka andainya kalau di Hari Ibu semua anak-anak yang masih ada ibu balik berjumpa ibu macam balik hari raya! Atau pada malam Hari Ibu penuh sesak dengan anak-anak dan ibu di mana-mana tempat makan, hotel, restoran, gerai atau di mana sahaja. Kebetulan Hari Ibu tahun ini (10 Mei 2009) jatuh pada hari Ahad. Namun saya tidak melihat lebuhraya ke selatan tanahair penuh sesak (atau jem) seperti hari-hari perayaan lain. Apakah orang yang ada ibu tidak balik

Menulis dalam blog

Blog satu wadah baharu untuk semua orang. Semasa saya mula-mula membeli komputer pada tahun 1998 saya melihat ramai orang terlibat dalam membangunkan laman web percuma. Ketika itu saya dan ramai orang membangunkan laman web dengan menggunakan tapak web percuma seperti Tripod, Geocities dan berbagai lagi. Orang barat amat bermurah hati memberikan benda percuma namun mereka akan mengiklankan berbagai iklan. Kadang-kadang yang memalukan! Saya memiliki laman web pertama dengan menggunakan Tripod dan memasukkan nota fotografi yang akhirnya dinamakan Alam Seni Foto. Saya beruntung apabila Universiti Kebangsaan Malaysia membenarkan warganya sama ada akademik atau tidak menggunakan tapak web yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat. Semua orang berbangga apabila memiliki tapak web sendiri kerana ia akan melambangkan kecanggihan berfikir. Memang pun kerana untuk membangunkan laman web seseorang harus faham, mahir menggunakan beberapa perisian untuk "melukis, mengarang" web te

Masih kisah haram dan halal

Ketika membeli barang-barang keperluan dapur disebuah pusat membeli belah di Bandar Baru Bangi semalam, saya terpandang seorang lelaki melayu sedang membeli satu tin minuman keras dari jenama yang agak terkenal. Dia tanpa segan silu membayar dikaunter dimana pekerjanya seorang wanita melayu. Inilah senario orang Islam yang tidak mahu menerima hakikat bahawa arak itu haram. Namun mereka masih sangat menjadikan ianya sebagai minuman samada untuk suka-suka mahupun untuk tenaga kononnya. Saya masih ingat dengan sikap teliti seorang rakan ketika berada di Labuan tempuhari sanggup mencari, meneliti kandungan yang terdapat dalam coklat yang akan dibeli untuk dibawa balik ke rumah.Malahan beliau terjumpa bahan yang dibuat dari babi pada coklat-coklat tersebut. Hampir sejam barulah beliau membawa keluar coklat yang bertanda halal antabangsa. Kita seharusnya bersikap tegas dalam memakan, meminum makanan yang halal. Kenapa makanan yang sudah pasti haram masih sanggup kita telan? Bangga sang

Makanan halal dan haram

Malam tadi semasa bertugas merakam gambar Majlis Makan Malam Kolej Kediaman Dato' Onn UKM, saya tidak memilih daging ayam setelah melihat berita jam 1.30 di TV dan jam 8 malam tadi. Selera saya menjadi hilang apabila teringat berita "ayam yang tidak sembelih mengikut kaedah yang halal dalam Islam". Ini bukan kali pertama kita dipaparkan dengan berita seumpama ini. Dulu kita dikejutkan dengan makanan yang tidak halal di beberapa hotel,pasaraya dan seumpamanya. Apakah ini disengajakan oleh pihak-pihak berkenaan? Atau mereka buta ilmu? Paling mengejutkan apabila dalam berita semalam diberitahu pengusaha berkenaan telah diberikan kursus kaedah penyembelihan yang betul mengikut cara-cara Islam. Pengusaha itu orang Islam atau tidak tidak menjadi perkara utama. Paling mengejutkan proses menghasilkan makanan, bahan untuk dijadikan makanan harus beradap. Kita perlu faham sensitiviti perbagai kaum. Di Malaysia terdapat berbagai kaum dan agama. Orang Islam dengan pantang laran

Cara yang kurang baik

Saya begitu mengejar masa semalam. Selepas mengambil isteri di hentian komuter UKM jam 7 malam, kami singgah di sebuah kedai makan yang menjadi pilihan keluarga selama ini jika memerlukan apa-apa makanan yang telah siap. Itulah cara hidup kebanyakkan kita jika suami isteri bekerja. Jadual semalam agak padat sejak pukul 11 pagi kerana ada lawatan dan ceramah oleh pemenang Nobel Laureate Lecture Prof. Howard Robert Horvitz dan mengendalikan kuliah kursus pembantu makmal yang mengambil subjek Fotografi. Pukul 8 malam perlu berada di DECTAR untuk kerja rakaman foto untuk Pesta Pantun UKM 2009. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli nasi goreng sotong sebagai santapan malam . Semasa membuat tempahan saya lihat pada menu, harga nasi goreng sotong ialah RM4.50. Jesteru saya terus memesan untuk 4 orang nasi goreng Sotong. Apa yang mengejutkan semasa membayar saya dikehendaki membayar dengan harga RM5.50. Saya bertanya kepada pembantu kedai harga sebenar berapa? Dan kenapa harga di m

Alasan yang mengeciwakan

Tengahari tadi saya dan Ismail dipelawa minum oleh Bos. Tiba di kedai Ismail memesan Air Batu Campur (ABC) atau Ais Kacang (kata orang Kedah). Ismail kembali ke meja dan memberitahu jikalau nak minum ABC kata pelayan kedai "lambat siap". Bos, iaitu Prof Dr Kamarudin pergi bertemu pelayan kedai tersebut. Saya lihat dia dan Ismail berbincang kemudian berlalu pergi.Kami kemudian singgah di kedai sebelah kedai tadi dan memesan menu ABC. Di sini tiada masalah. Rupa-rupanya pelayan di kedai tadi memberikan alasan yang boleh membuatkan pelanggan naik angin. Alasan lambat siap yang melambangkan kemalasan mereka. Inikah sikap yang yang harus ada pada setiap orang kita dalam keadaan orang sedang bercerita tentang pembuangan pekerja sekarang? Mungkinkah alasan begini membuatkan ramai majikan kurang senang dengan pekerja dari negara sendiri? Adalah lebih baik jikalau "malas" lebih baik beritahu saja "ais dah habis".

Muar, Bukit Kepong ke Segamat

Bertugas di majlis Program Jalinan Erat UKM-Masyarakat Kundang Ulu pada 8 Februari lalu membawa saya mengenang kembali peristiwa banjir besar yang telah melanda negeri Johor pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007. Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Ledang, Johor Darul Takzim merupakan tempat dimana berlangsungnya majlis tersebut telah menerima tetamu dari kalangan warga UKM. Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad merupakan salah sebuah premis kerajaan yang tenggelam teruk. Banyak harta sekolah tersebut musnah. Kerusi, buku-buku semuanya musnah. Kebiasaannya sekolah adalah tempat menjadi penempatan banjir, namun sekolah ini tidak dapat memberikan perkhidmatan tersebut. Dalam ucapannya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin merasakan banjir memberikan rahmat kepada penduduk di Kundang Ulu kerana kini telah menjadi kampung angkat UKM. UKM merupakan sebuah IPTA yang ulung di Malaysia yang telah mengorak langkah membantu

Sekadar usaha

Imej
Usaha untuk membendung agar motorsikal tidak dicuri boleh dilakukan dengan berbagai cara. Umpamanya seperti usaha yang telah dibuat oleh Majlis Daerah Segamat dengan menyediakan satu tempat letak motorsikal khas mempunyai rantai. Namun apakah usaha ini akan memberi kesan kerana rantai yang disediakan tidaklah banyak. Ketika gambar ini diambil, dua buah motorsikal ini tidak menggunakan rantai yang telah disediakan. Usaha ini harus diberikan pujian cuma keberkesanannya sahaja harus ditingkatkan agar pencuri tidak akan tersenyum melihat tempat letak motorsikal ini.

Sayangi organisasi kita

i. Prof. Dato' Dr. Mohd.Yusof Othman menceritakan dalam satu cermahnya di UKM mengenai pengalamannya ketika berseminar di Jepun. Salah satu program seminarnya ialah lawatan ke beberapa lokasi di Jepun. Semasa hendak turun pemandu pelancong memaklumkan bahawa jangkamasa melawat hanya sejam. Sebelum sejam beliau telah tiba di bas yang membawa rombongan seminar. Prof. Yusof amat terkejut kerana pemandu pelancong dan pemandu bas sedang membersihkan bas. Ketika beliau bertanya kenapa anda perlu membuat kerja ini sedangkan bas boleh dibersihkan semasa di lokasi penamat kelak. Mereka berdua menjawab "Ini bas yang menjadi sumber rezeki kami. Jika kotor akan merosakkan imej syarikat kami. Pelanggan tidak akan menempah lagi. Akhirnya syarikat akan kehilangan punca pendapatan. Mungkin akhirnya syarikat akan ditutup dan kami hilang tempat mencari rezeki". Prof Yusof amat kagum dengan pendirian dua orang petugas tersebut. ii Seorang Pengurus Jualan yang memebekalkan barang-

Percayalah Allah akan membantu

i Saya dan keluarga hampir saban bulan membeli barang keperluan dapur di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya. Selesa adalah keutamaan saya disamping harganya boleh membantu menjimatkan perbelanjaan kami. Anda di sekitar Putrajaya tentu tahu tempat yang saya maksudkan. Ingin saya berkongsi keselesaan yang patut semua pusat membeli belah fikirkan. Kemudahan tandas percumanya amat bersih mengambarkan taraf manusia yang tinggal di Putrajaya. Masuk sahaja ke situ anda akan terasa seperti berada di resort. Soal makan minum tidak menjadi apa-apa masalah. Saya ingin memuji pihak yang menguruskan pusat membeli belah ini kerana menyediakan surau lelaki dan wanita yang selesa. Anda tidak perlu risau jikalau masuk waktu surau ini akan membolehkan anda bersolat secara berjemaah. Makmum akan bertali arus mengisi tempat solat. Pada hemat saya inilah kemudahan yang harus disediakan agar tempat membeli belah boleh meningkatkan hasil jualan. Usah kedekut dengan ruang. Menyediakan tempat bersolat

Belajar menjadi jujur

Ketika saya keluar dari sebuah hotel terkenal di Bandar Baru Bangi dua orang peserta Bengkel Hubungan Etnik sedang berbual.Semasa bersalaman baru saya tahu mereka sedang berbincang sama ada hendak menaiki teksi atau ERL ke KLIA. Setelah membuat keputusan akhirnya mereka membuat keputusan untuk menempah teksi. Oleh kerana saya memang ada menyimpan nombor telefon rakan-rakan pemandu teksi maka saya terus menghungi Murad. Murad merupakan pemandu teksi peribadi saya selain Selvam dan Vijay. Malam tadi ketika menghubungi Murad kerana ingin menempahnya pada 30 Januari nanti beliau terkejut bahawa dua orang penumpangnya adalah pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan. Lebih mengharukan Murad mereka hanya mengambil resit untuk kos separuh dari yang dikenakan. Maksudnya mereka berkongsi membayar harga teksi ke KLIA dan resit juga harga itu. Murad mengakui penumpangnya begitu jujur.

Cari peluang ketika bermasalah

Siang tadi saya bersama seorang sahabat sempat makan tengahari bersama seorang penganalisa ekonomi terkenal. Saya mengenali beliau kerana sering muncul di TV untuk mengulas topik-topik ekonomi semasa. Beliau bukan sahabat saya. Kebetulan tempat makan penuh dengan pelanggan saya mempelawa beliau duduk semeja. Kita sedia maklum apabila penganalisa ekonomi diterjah dengan soalan berkaitan dengan keadaan ekonomi maka beliau akan berbicara dengan ramah topik itu. Perbincangan kami ringan-ringan sahaja namun masih dalam lingkungan akademik. Menariknya beliau langsung tidak membawa kami kearah berbincang topik politik. Seingat saya semasa berbual sambil-sambil makan tengahari dengan lauk ikan sama (ikan kembong masak tauchu!), tokoh tersebut langsung tidak mengutuk mana-mana individu yang terlibat dalam politik. Pada saya beliau seorang ahli ekonomi tulin. Saya tidak mahu membawa apakah isi perbualan kami, kerana tidak mahu mensensasikannya. Namun saya ingin mengajak anda mencari peluang

Suatu petang di Car Wash

Saya membawa motosikal ke car wash petang tadi. Sejak-sejak akhir ini mungkin atas faktor usia dan masa, saya kurang membasuh sendiri sama ada kereta mahupun motosikal. Ketika di car wash itu saya meramahkan diri untuk berbual dengan pekerja di situ. "Awak orang mana?" "Bangladesh....", jawab ramah pekerja di car wash itu sambil membilas motosikal saya yang sudah tua. "Sudah lama datang Malaysia?". " Tiga tahun", balas Mat Bangla tu. "Dulu kerja di mana?" "Dulu kerja di KL. Servis aircond", jawabnya ramah dan agak fasih berbahasa Malayu. "Kenapa sudah berhenti kerja di sana", tanya saya ingin tahu. "Tauke mati!". Saya tergamam dengan jawapan Mat Bangla itu. Kelu juga sekejab. "Kat sini taukeh Melayu ke?". "Ya..., awak Melayu ka?" "Ya....kenapa ada nampak macam Cina ka?", saya mengajukan pertanyaan begitu kerana pernah sekali di R&R Plus ada seorang nyonya men

Kemalangan berlaku bila-bila masa

Sepuluh orang yang maut dalam satu kemalangan di Gua Musang minggu lepas masih menghantui saya. Saya tidak tahulah perasaan anda. Sebab perasaan kita mungkin berbeza. Saya ingin membawa anda kisah ini untuk direnungi bersama. Pemakaian tali pinggang keledar belakang sudah bermula tempuhnya tiga tahun untuk pemasanganya. Saya bersetuju namun ramai yang tidak. Faktor undang-undang, penguatkuasaan adalah antara yang dibincangkan untuk mengurangkan kemalangan. Namun faktor lain harus kita bawa bersama dalam memperkatakan masalah kemalangan ini. Bagi kemalangan yang telah berlaku itu sudah takdir. Yang sudah maut, lumpuh, buta, patah anggota badan itu sudah tidak boleh diubah lagi. Bagaimana yang sedang berada dijalan raya. Apakah keinsafan sudah bermula? Ikuti kisah-kisah di jalan raya mahupun lebuhraya yang saya catatkan untuk tatapan bersama. Ini peristiwa yang saya alami sepanjang memandu sama ada ke tempat kerja atau ke luar daerah. Kisah 1: Sedang saya memandu untuk ke Se

1998~2009 Sejarah lama saya

Bayangkan pada tahun 1998 saya memohon pinjaman komputer. Akhirnya mulai tahun 1998 saya mulai mengenali kamputer dan internet. Oleh kerana semasa saya membeli komputer dihujung tahun 1998 maka saya ingin membawa kisah penggunaan komputer bermula pada awal tahun 1999. Justeru, saya menganggapkan tahun 2009 adalah ulang tahun kesepuluh adalah ulangtahun saya celik komputer!. Tambahan hujung tahun 1999 saya mula mencipta laman web menerusi tapak web Tripod.Com. Sehinggalah kini laman web tersebut telah berusia 10 tahun setelah dilancarkan secara rasmi pada 15 Oktober 1999. Banyak ranjau yang saya tempuhi kerana tidak pernah belajar komputer secara formal melainkan daripada isteri dan rakan-rakan rapat. Saya menghabiskan masa hingga ke Subuh semata-mata ingin meningkatkan kemahiran. Setelah saya mahir dan memiliki sedikit bahan dalam bidang fotografi maka saya muatkan dalam laman web yang diberi nama Alam Seni Foto~photography for all~. Ketika itu fotografi digital belum berkembang