Cerita orang pencen

Jam 11.15 hari ini saya bertemu seorang pesara kerajaan. Saya harus merahsiakan agensi mana. Tapi beliau seorang bekas pensyarah. Sudah empat belas tahun bersara. Masih nampak sihat biarpun usianya sudah menjangkau hampir 70 tahun. Saya kenal orangnya kerana dia pernah bekerja setempat dengan isteri saya. Biarlah saya membawa perbualan beliau dengan saya dalam bentuk skrip.

+Bila pencen kena berhati-hati
-Apa maksud Haji?
+Bila kita ada duit pampasan masa pencen ada saja yang datang nak minta bantuan
-Haji ada pengalaman begitu ke?
+Inilah ceritanya. Ada seorang menantu (katanya lepas tu bercerai dengan anaknya) nak ajak saya melabur....RM 100 ribu!
-Banyak tu?
*Namun Hj ni pandai juga. Yalah mantan pensyarah. Dia tidak tertipu dengan helah menantunya!

+Satu lagi kes, abang ipar nak pinjam duit RM 5000 nak beli rumah. Bila kita tak dapat beri, isteri masam muka hampir seminggu.

Kesihan saya mendengar kisah Haji ni. mujur dia dapat mengesan helah. Jika tidak mungkin dia tidak boleh hidup senang selepas pencen.

Ini merupakan secebis kisah yang membuatkan orang-orang pencen jatuh sakit dan tidak panjang umur.

Mari kita fikirkan agar kisah seumpama ini tidak terjadi lagi. Kasihanilah mereka dihujung-hujung usianya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

1998~2009 Sejarah lama saya

Sayangi organisasi kita