Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Dugaan di perjalanan

Apa perasaan anda apabila sedang bercuti bersama keluarga ditimpa sakit? Inilah yang saya alami sejak hari Ahad lepas. Sudahlah hari Ahad kena cirit birit. Malam tadi semasa bermalam di rumah sahabat lama (Hj. Wahid) di Pekan Beris Jaya saya sakit perut seperti kembong. Semalaman tidak dapat tidur. Dari jam 7 malam hingga Subuh tidur saya terganggu. Aduh Allah sahaja yang tahu. Semua rancangan saya semasa bercuti di Utara (Pulau Pinaang dan Kedah) tergendala. Hajat untuk menziarahi rakan-rakan lama tergendala. Hajat hendak melihat Empangan Beris gagal. Akhirnya saya berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat. Namun Allah masih menguji sehinggalah saya memulakan perjalanan balik ke Bangi perut masih meragam. Syukur setelah mendapatkan ubat di poliklinik UKM petang semalam saya telah sembuh.

Kembali menyusuri nostalgia

Imej
Saya dan isteri bersama puteri bungsu Nur Aqilah tiba di Kampung Guar Jering, Permatang Pauh jam 10.30 pagi setelah memulakan perjalanan dari Bangi jam 4.15 pagi. Melakukan perjalanan lebih 300 km memang memenatkan namun kerana sudah lama tidak ke utara perasaan gembira menjejakkan kaki ke kampung asal ibu membuatkan penat itu hilang begitu sahaja. Dua lagi puteri tidak ikut serta kerana mereka ada kuliah dan peperiksaan di kolej. Berat juga untuk meninggalkan mereka. Namun kuliah mereka lebih penting akhirnya kami membuat MOU agar mereka tidak ikut serta. Biarpun kampung sebenar ibu saya ialah di Permatang Pasir namun Guar Perahu adalah tempat tinggal arwah Mak Ngah. Saya hadir di sini untuk memenuhi undangan balu sepupu abang Zain yang melangsungkan perkahwinan anak bungsunya. Sudah tiga belas tahun saya tidak menjejakkan kaki ke sini bersama keluarga. Jadi dengan kepulangan saya kali ini memberikan kejutan kepada keluarga ibu yang mereka panggil Mak Andak. Majlis perkahwina

Panggilan telefon penuh bermakna

Petang tadi kira-kira jam 6.30 saya menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak ada dalam memori. Dari kod nombor saya pasti panggilan itu dari utara. Ketika saya menjawab salam suara dihujung talian begitu mesra menyuruh meneka siapa empunya suara. Seperti biasa saya tidak kenal suara itu. Akhirnya beliau membahasakana namanya Cikgu Lah. "Cikgu yang orang tak suka sebab selalu merotan murid-murid...." Saya mengucap syukur panjang apabila itulah guru yang sudah 33 tahun berpisah sejak meninggalkan bangku Sekolah Menengah Kebangsaan Sik pada tahun 1975! Rupa-rupanya beliau dapat menjejaki saya menerusi coretan memori lama dalam laman Dari Sik ke Bangi di tajuk Jasa Guru . Mulanya agak gusar juga manalah tahu kalau-kalau dalam coretan tersebut saya menghina beliau atau mengutuknya. Namun saya dapat menduga dari riak suaranya Cikgu Lah begitu terharu dengan coretan itu. Inilah kuasa Allah. Dia mampu menjadikan apa saja dalam membentuk sejarah manusia. Jikalau ba

Selesai untuk tahun ini

Hari saya dan Dr Arif baru selesai mengendalikan satu kursus fotografi digital yang dianjurkan oleh anak syarikat UKM Holding iaitu Talent Enhancenment Academy. Letih juga mengendalikan kursus seumpama ini. Mana tidaknya bermula dari pagi hingga larut malam baru selesai. Paling menyeronokkan ialah dapat membina jalinan baru dengan anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia. Mereka cukup berdisiplin. Manakan tidak antara para peserta ialah berpangkat Sarjan dan Pegawai Waran 1 dan 2. Jangan kita fikir apabila kita mengajar kepada peserta kita tidak akan dapat ilmu baru. Sebab itu adalah satu pertukaran ilmu yang kita boleh perolehi. Setipa kali saya mengendalikan kursus-kursus seumpama ini maka saya tetap memperolehi pengalaman dan ilmu baru. Dr Arif biarpun dia seorang pensyarah di UKM namun kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menjadi partner amat mengharukan saya. Kami berdua mengabungkan antara ilmuan dan pengalaman. Akhirnya sudah pasti peserta akan berpuashati. Pagi

Sudah lama tidak bercuti begini

Imej
i. Hari ini 11 Disember 2008 negeri Selangor bercuti Hari Keputeraan Sultan Selangor. Sudah tentu hari ini penduduk negeri Selangor berehat. Mungkin ada yang sambung bercuti esuk maka mereka akan bercuti selama empat hari. Namun tidak kurang yang sudah bercuti sejak hari Selasa. Maka mereka bercuti seminggu sejak hari Sabtu lepas. Saya tidak dapat berbuat begitu kerana tugasan agak padat sejak lepas Hari Raya Aidil Fitri. Walaupun kami bertiga di satu unit namun semua ketiga-tiganya padat dengan tugasan tambahan sejak lepas Hari Raya Aidil Adha Sukan Universiti ASEAN sudah bermula. Ikhwan menjadi Jurufoto rasmi di sana sejak seminggu lepas hingga 22 Disember ini. Sejak seawal jam 7 pagi tadi saya sudah berada di Pusat Perubatan UKM menemani isteri membuat pemeriksaan kesihatan. Agak sudah lama saya tidak menemaninya kerana kebetulan beliau bertugas di sana. Tetapi pagi tadi saya mengambil keputusan menemaninya. Berada di hospital memboleh saya berfikir tentang nikmatnya

Kepiluan

Ketika siaran langsung laporan TV dari tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sudah dua kali mendengar sayup-sayup takbir Hari Raya Aidil Adha. Pertama malam tadi semasa siaran berita jam 8, kedua pagi ini selepas balik dari masjid. Inilah kuasa Allah biarpun berlaku bencana yang dahsyat namun kalimah mengagungkanNya tetap berkumandang. Meremang bulu roma saya dan mengakui biarpun dalam pilu individu yang melafazkan takbir itu tetap menahan sebak untuk meneruskan takbir itu. Itulah semangat kita biarpun kita berada ditahap hendak menghadapi maut sekali pun berdoalah agar kalimah Allah tetap boleh dilafazkan....!

Mari kita fikir-fikirkan

Hari Raya Aidil Adha datang lagi malam tadi setelah terbenamnya matahari Maqhrib. Orang akan bercerita tentang Fardu Haji dan Qurban. Sudah menjadi topik apabila tiba Aidil Adha penceramah dan ustaz akan mengaitkan pengorbanan. Elok tu selain melakukan ibadah qurban menumbangkan haiwan (yang halal) empat kaki kita kena berkurban masa, harta benda, kasih sayang untuk Allah, Rasullah dan agama Islam. Saya ingin memetik isi khutbah Aidil Adha di Masjid UKM. Khatib memetik peristiwa orang balik haji tidak berubah dengan menutup aurat. Melanggar hukam dan fatwa. Menurut khatib, melanggar hukum Allah ada melawan Allah! Allah tidak akan terjejas atas perbuatan mendurhakainya namun yang akan menerima bala dan bencana ialah hambanya. Saya merumuskan dari isi khutbah; usah melawan Allah biar apa pun alasan kita kerana kesannya akan tertimpa keatas kita.

Rakan lama

Apabila lama tidak bertemu rakan lama maka ada waktunya kita menjadi rindu. Biarpun rindu itu tidak sehebat mana namaun ada waktunya teringat saat-saat ketika bersamanya. Saya ramai rakan-rakan lama. Malahan mereka hilang dari kelompok pergaulan saya setelah berpisah jauh kerana kerjaya kerana sibuk dan kerana naik pangkat. Protokol dan etika ada waktunya kita hanya boleh angkat tangan sahaja jika bertemunya. Ada waktunya dia akan menegur saya terlebih dahulu walaupun saya sudah nampak beliau dari jauh. Ada waktunya kita hilang rakan lama kerana pangkat, kerana isterinya orangnya berpangkat. Harta juga menjadi sempadan dalam pergaulan. Namun pada zahirnya dia tetap rakan kita. Bayangkan kita harus hormatnya ketika bertemu dimana-mana majlis yang berprotokol. Kita harus bersikap demikian kerana pangkatnya dan orang sekeliling. Cuba anda bayangkan apabila membuat sms kepada seorang rakan lama yang sama-sama bersekolah, berkawan semasa susah untuk mengucapkan selamat hari raya. ayat

Terharu dan takziah

Imej
Foto dipetik dari mSatar.com Minggu lepas (30 November) sedang saya memandu kereta di MRR2 ke rumah ayah saudara isteri di Ulu Klang mata terpandang Hightland Tower yang masih tinggal usang. Saya pernah berjanji untuk membawa keluarga untuk melihat kesan runtuhannya. Peristiwa itu cukup meninggalkan kesan kepada semua orang Malaysia masa itu. Kini hampuir dilupai. Tambahan orang muda termasuk anak-anak saya. Mereka tidak tahu sejarahnya kecuali setelah diceritakan. Saya turut melahirkan rasa gusar apabila melihat suasana tanah tinggi di sekelilingnya. Hari ini satu lagi tragedi berlaku lagi di Bukit Antabangsa. Banyak rumah-rumah musnah. Hingga kini TV masih menyiarkan laopran terkini dari masa kesemasa. Detik demi detik saya melawat laman web untuk mengetahui keadaannya. Malahan saya telah menghubungi rakan-rakan untuk mengetahui kalau0kalau ada orang yang kenali telibat. Syukur setakat ini belum ada yang diberitakan. Dalam catatan ini saya sukar untuk mencatatkan apa-apa ker

Penyakit itu ujian Allah kepada kita

Penyakit Itu Ujian Allah Kepada Kita merupakan ungkapan yang kerap disebut oleh ustaz-ustaz dan alim ulama. Namun bagi mereka yang sedang menderita sakit sudah tentu terfikir bagaimana ujian yang dimaksudkan. Semasa saya diberitahu oleh doktor bahawa Ibu mengidap Leukimia , dunia bagaikan gelap gelita. Masakan tidak, dia ibu yang melahirkan,membesarkan dan memberikan kasih sayang kini mengidap penyakit paling hebat itu. Saya berada disebelah isteri sewaktu beliau mengalami keguguran anak dalam kandungannya yang berumur lima bulan. Sambil memegang barang miliknya dan tersandar di dinding Hospital Besar Kuala Lumpur ini sahaja ungkapan yang dapat diluahkan kepada anak saudara Radhi "Paksu kehilangan anak hari ini". Dr Razak mengesahkan isteri saya mengidap sejenis penyakit yang ada kaitan dengan barah. Hati saya dibelenggu gusar. 1999 saya disahkan oleh doktor HUKM (kini Pusat Perubatan UKM) mengidap penyakit yang menyebabkan mata saya jadi kabur. Ada waktunya gelap, ad

Orang pencen

Ada dikalangan masyarakat menganggapkan masa pencen (bersara) adalah masa untuk berehat. Terdapat dikalangan kakitangan kerajaan yang menanti masa untuk pencen. Apabila kerajaan membuat keputusan untuk menyambung tempuh umur pencen ke-58 ramai yang tidak suka. Ada yang suka terus buat pilihan pencen pada usia 58!. Saya? ambil umur pencen pada usia 58 juga. Justeru saya akan pencen 8 tahun lagi pada tahun 1916. Tidak perlu dirahsiakan lagi. Maasa seperti menipu kita. Itu adalah istilah orang-orang sekarang. Tepat (Al Quran itu tepat) seperti dalam Surah Al' Ashr yang mengingatkan kita tentang masa. Siang tadi saya bertemu dengan seorang pensyarah UKM yang sudah bersara tetapi masih bertugas di sebuah IPTA ternama juga. Dia bertanya saya bila lagi nak pencen. Jawab saya "rambut belum penuh uban ". Dia ketawa besar. Dia diantara pensyarah yang rajin menjenguk saya di bilik kerja sebelum memulakan kuliah. Jikalau kuliah jam 11 pagi, jam 10 pagi dia sudah sampai di bil

Mari kita jadikan tauladan

Di sebuah pusat membeli belah semalam saya melihat satu peristiwa. Seorang ibu berbangsa arab memasukkan tin bekas minuman ke dalam tong sampah. Tetap tin itu tidak masuk ke dalam tong tersebut. Datang anak lelaki dalam usia 6 tahun mengambil tin tersebut dan memasukkan semula ke dalam tong sampah ketika ibunya sedang melayan seorang rakannya. Mari kita renungkan bersama kisah ini.

Mesin ATM

Kisah mesin ATM kena rompak sudah menjadi berita besar masakini. Kejadian begitu biarlah diuruskan oleh bank dan polis. Harap-harap perompak janganlah buat lagi kerja-kerja sebegini kerana dengan tugasan anda yang merosakkan ATM akan menyusahkan orang lain. Mana tidaknya jikalau ada orang yang dalam kecemasan nak keluar duit mesin rosak kena rompak. Tambahan di pekan-pekan kecil. Apa yang saya hendak catat kali ini ialah sikap orang-orang kita ketika mengeluarkan wang. Lihat saja kertas-kertas penyata ATM bersepah-sepah di sekitar mesin ATM. Bukankah pada mesin ATM akan membuat pertanyaan perlukah resit? Masalahnya apabila sudah tekan "Ya" resit keluar dan resit itu dibuang bersepah. Kita ada pilihan, nak atau tidak. Jikalau resit hendak dibawa balik, tekan YA. Kalau tak mahu tekan "Tidak". Mentaliti orang kita memang suka membuat sampah! mari kita sama-sama berubah sikap.

Rezeki mesti halal

Saya kerap membeli belah di sebuah pusat membeli belah bersama keluarga. Yalah hendak mencari harga yang murah. Namun ketika mencari barang-barang dapur mata ada kalanya terpandang tingkah laku segelintir pengunjung. Lihat sahaja tetapi tidak mampu hendak menegur! Ada kalanya pembeli yang sedang membeli sempat merasai apa-apa makanan terutamanya biskut, buah. Merasa makanan bukan sikit, tetapi ada waktunya seperti seolah-olah hendak kenyang. Ingatlah pada hemat saya itu juga seolah-olah makan makanan tidak halal kerana tidak membayarkan? Jikalau lapar pun kita boleh beli atau mencari mana-mana meja promosi makanan yang sering terdapat di mana-mana pasaraya.

Kisah rakan saya

Saya mengenali rakan ni semasa bertugas di lokasi kampus UKM. Dia lelaki biasa. Namun sudah 50 kali mendaki Gunung Kinabalu. Tak suka publisiti. Tetapi publisiti masih mencari beliau. Kalau nak mencerita kisah beliau mungkin tidak begitu adil kelak akan tersalah fakta. Saya menjemput anda semua melayari blognya di sini < sila klik >

Jiran

Dalam Islam, jiran menjadi orang yang utama dalam kehidupan kita. Sebab itu Islam mengajar kita agar menghormati jiran dan mengutamakan jiran. Seharusnya jikalau jiran kita dilanda kesusahan kita akan merasainya. Petang tadi saya sempat berbual sebentar dengan jiran yang saya agak lama tak jumpa. Namun dalam kehidupan seharian saya kerap temuinya bilamana dia melintasi rumah setiap jam 6.30 pagi. "Saya bangun jam 2 pagi bang. Jam 6.30 saya keluar hantar nasi lemak di sebuah hospital. nasi lemak tu saya letak di kios hospital." "Banyak?" tanya saya. "Hospital P.. saya letak 70 bungkus, hospital K.. 100 bungkus" "Banyak tu, murah rezeki" balas saya. "Boleh la bang... rezeki untuk anak-anak". Itulah rezeki sekiranya kita mahu berusaha. Saya belajar segala-galanya dari perbualan yang hanya seketika itu. Mencari rezeki di mana-mana tetap ada. Namun harus kita ingat untuk memperolehi RM1.00 bukannya mudah. Terpaksa bangun jam 2 pagi. Kenapa k

Panggilan telah berubah

Saya ingin membawa anda mengikuti beberapa dialog untuk tatapan anda. Dialog 1: "Mana K (ringkasan nama rakan sejawat saya)", tanya seorang wanita ketika masuk ke pejabat saya semasa mula-mula bertugas di UKM tahun 1979. "Dia keluar Kak ," jawab saya penuh hormat. "Baiklah kalau dia balik bagi tau saya Dr R cari dia." Balas Dr R sambil berlalu keluar pejabat. Dialog 2: " Pak Cik... esok jam 9.00 pagi ada lapang nak ambil gambar projek saya," tanya seorang pelajar ketika masuk ke pejabat saya. Saya agak tergamam. Mana tidaknya ketika itu usia saya diawal 30-an. Terasa juga tua! Selesai urusan saya bertanya dia semula; "Nak tanya sikit, kalau kamu jumpa seorang pensyarah yang agak berusia dan kamu tidak tahu dia Profesor ke Dr ke apa yang kamu sebut sebagai panggilan hormat?" Pelajar itu tidak dapat menjawab soalan saya. Dia agak tersipu-sipu. Namun saya terus memberikan jawapan untuknya. "Tentu kamu panggil dia

Dia bukan sekadar pelakon

Semalam: Ketika hendak bersolat Zohor di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya saya sempat menyapa seorang pelakon terkenal. Beliau terkenal dalam lakonan teater, filem dan TV. Saya memang meminati lakonannya. Paling menarik beliau tidak pernah terlibat sebarang gosip yang buruk. Saya sempat beramah mesra selepas solat yang diimamkan oleh beliau. Kehidupan dunia lakonannya tidak saya sentuh sama sekalai kerana ketika saya berkata "lama tak dengar berita" beliau hanya berkata "cukuplah tu". Ungkapan itu sudah memberikan isyarat bahawa beliau tidak mahu berbicara hal-hal dunia lakonan. Namun seperti kata-kata saya dalam catatan Teh Merdeka, saya bertuah kerana mampu meneroka kehidupan seseorang hasil kerjaya saya selama ini. Jikalau dalam catatan Teh Merdeka saya mengukir kisah seorang Profesor, kini saya menurunkan satu catatan seorang pelakon terkenal. "Saya ada tanah dekat sana" terang abang apabila saya memberitahu tempat tinggal saya. "

Teh Merdeka

Kehidupan bertugas sebagai Jurufoto membolehkan saya bersama dengan individu tertentu yang mungkin sukar diperolehi oleh sesetengah orang. Pagi Jumaat 29 Ogos lalu selepas bertugas di majlis Wacana Hadhari, saya berkesempatan bertemu dengan seorang Profesor. Beliau seorang berketurunan Cina dari Setiawan Perak. Fasih berbahasa Melayu. Kagum dengan perwatakan beliau yang sering saya temui sewaktu bertugas maka kesempatan yang ada membolehkan saya bersamanya dalam satu sidang minum teh secara empat mata sahaja. "Mari, kita minum Teh Merdeka", pelawa Profesor tersebut. Jikalau beliau seorang muslim sudah tentu minum teh pagi itu akan menjadi Teh Ramadhan! Sudah tentu saya banyak berbual dengan beliau, namun tidak semua dapat dicatatkan dalam ruangan yang terhad ini. Beliau seorang Profesor berbangsa Cina namun menguasai budaya melayu. Membuat kajian pantun-pantun melayu nusantara. Telah menerbitkan sebuah buku "Pantun Baba". Menariknya beliau memberitahu saya bahawa se

Cerita orang pencen

Jam 11.15 hari ini saya bertemu seorang pesara kerajaan. Saya harus merahsiakan agensi mana. Tapi beliau seorang bekas pensyarah. Sudah empat belas tahun bersara. Masih nampak sihat biarpun usianya sudah menjangkau hampir 70 tahun. Saya kenal orangnya kerana dia pernah bekerja setempat dengan isteri saya. Biarlah saya membawa perbualan beliau dengan saya dalam bentuk skrip. +Bila pencen kena berhati-hati -Apa maksud Haji? +Bila kita ada duit pampasan masa pencen ada saja yang datang nak minta bantuan -Haji ada pengalaman begitu ke? +Inilah ceritanya. Ada seorang menantu (katanya lepas tu bercerai dengan anaknya) nak ajak saya melabur....RM 100 ribu! -Banyak tu? *Namun Hj ni pandai juga. Yalah mantan pensyarah. Dia tidak tertipu dengan helah menantunya! +Satu lagi kes, abang ipar nak pinjam duit RM 5000 nak beli rumah. Bila kita tak dapat beri, isteri masam muka hampir seminggu. Kesihan saya mendengar kisah Haji ni. mujur dia dapat mengesan helah. Jika tidak mungkin dia tida

Saya belajar perkara baharu

Saya didatangi seorang pelajar lelaki berbangsa cina kira-kira pukul 4 petang semalam (9 Julai 2008). Beliau pernah menghubungi saya menerusi emel tiga hari lepas. Dia pelajr tahun 3 di UKM dalam pengajian pendidikan. Menariknya pelajar ini dia seorang OKU (pekak). Mulai pukul 4 petang itu saya berkenalan dengan seorang OKU yang amat memerlukan bantuan seorang guru. Saya beranggapan demikian, pelajar ini perlu berada dalam kursus ko-kurikulum seni foto selama 28 minggu untuk dua semester. Kami berkomunikasi dengan menulis, sedangkan kami bertemu secara lahiriah. Inilah rahmat Allah menemukan saya dengan pelajar ini. Pertemuan hampir setengah jam itu berlalu dengan mesra walaupun kami tidak berkomunikasi secara oral. Apa yang ditanya saya jawab dengan mudah. Apa yang saya tulis dia faham dengan memberikan respon menganggukkan kepala. Inilah pengalaman saya yang pertama berkomunikasi dengan kaedah begini. Akhirnya saya menghela nafas panjang, rugi saya tidak belajar bahasa isya

Tergamam seketika

Dalam meneruskan tugasan sebagai Jurufoto banyak perkara yang boleh dilihat secara langsung. Ini kelebihan kami kerana ada waktunya tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh orang lain kami berpeluang berbuat demikian atas urusan tugas. Namun ada juga perkara-perkara yang tidak boleh hebahkan atas sifat menjaga integriti. Jikalau hendak mencerita juga, haruslah dirahsiakan nama dan tempat yang sebenar. Inilah yang terjadi kepada saya dan rakan setugas, Hj Ismail apabila masuk kesebuah pusat hemodialisis. Agak tergamam kerana saya ditemukan orang amat saya kenali sedang menerima rawatan hemodialisis. Paling memilukan apabila seorang pesakit di situ memberitahu saya, beliau sudah 15 tahun menerima rawatan tersebut! Kita masih sihat, justeru itu bersyukurlah dengan nikmat yang kita terima. Biarpun kita tidak kaya, berpangkat tapi kita masih sihat......

Tengah malam yang merimaskan

Tengah malam tadi tiba-tiba saya menjadi rimas. Sedangkan mata sudah mengantuk setelah penat bertugas sekitar hari pendaftaran pelajar di tempat kerja (UKM). Apa tidaknya saya menjadi rimas apabila terjumpa sebuah laman web yang menyiarkan artikel mengenai seni foto. Artikel itu diceduk (salin) dari laman web saya Alam Seni Foto~photography for all~ Kandungannya 100% menggunakan hasil tulisan saya, tetapi penulisnya menulis dengan meletakkan namanya sebagai penulis! Saya terus rimas di tengahmalam. Saya bersabar dan menunggu hari esuk untuk bertindak. Hari ini saya menghubungi penasihat kelab tersebut, beliau terkejut besar dengan kerja-kerja anak buahnya. Selepas menerima alasan beliau tidak tahu kerja-kerja anak buahnya maka saya terus menghubungi presiden kelab berkenaan. Beliau juga terkejut. Akhirnya selepas saya menghubungi semula presiden kelab tersebut beliau memohon maaf dan berjanji untuk memperbetulkan keadaan. Saya memberitahunya tempuh sebulan diberikan untuk

Kuasa tangan seorang Ibu

Hari ini; 29 Jun 2008 (Ahad) saya bertugas seperti biasa kerana UKM menerima pelajar baru seramai lebih empat ribu orang. Seawal jam 7.30 pagi saya telah berkumpul bersama pegawai kanan UKM. Oleh kerana YgBhg. Dato Naib Canselor masih berada di studio RTM bagi satu slot temuramah di rancangan Selamat Pagi Malaysia, maka rombongan pegawai UKM memulakan lawatan pertama ke Kolej Dato Onn. Cuaca redup melancarkan perjalanan kami. Kuatir dengan keadaan akan hujan saya telah menyediakan bag plastik untuk melindungi kamera! Tidak banyak perubahan suasana hari pendafatran. Seperti biasa peristiwa angkat bag, angkat tilam berlaku seperti biasa. Majlis berjalan seperti biasa. Di Kolej Burhanudin Helmi, saya diperkenalkan oleh Puan Ramlah seorang Pegawai Tabdir Hal Ehwal Pelajar kepada sorang ibu tunggal beranak lapan. Ibu tunggal berusia 58 tahun ini agak pemalu atau lebih tepat merendah diri untuk menceritakan kisah anak-anaknya. Namun Puan Hajjah Hamidah Hamat harus berbangga dengan la

Catatan perjalanan 19 hingga 24 Jun 2008

i.19 hingga 21 2008 Jun Saya ditugaskan ke Universiti Sains Malaysia (USM)di Pulau Pinang untuk membuat liputan fotografi di Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor Sukarelawan Polis IPTA (SUKSIS). Bertolak dengan kenderaan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) jam 11.30 pagi dan tiba di USM kira-kira jam 4.45 petang. "Saya pulang ke kampung hari ini", kata saya kepada Azmi yang memandu kereta UKM. "Kampung En. kat sini ke?" "Tak, ini kampung emak saya". Oleh kerana matlamat saya ke USM untuk bertugas, maka selepas beberapa lokasi merakam gambar sekitar latihan sebelum majlis sebenar saya mengajak Azmi ke sebuah kampung yang telah ditinggalkan dua belas tahun. Sebenarnya saya tidak ke kampung arwah emak, kerana yang saya hendak pergi ialah Pekan Penanti (Kubang Semang). Saya perlu ke rumah sepupu, yang dipanggil Kak Chah. Dia anak sulong emak saudara saya Mak Anjang. Saya terputus hubungan sejak 12 tahun dulu selepas kali terakhir menziarahin

Kuantan ke Kuala Kemaman

Imej
5 Jun 2008 rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kenaikan harga patrol RM 2.70! Saya lagi tergempar kerana pada 6 Jun 2008 kena ikut isteri ke Beserah Kuantan Pahang. Saya telah berjanji dengan isteri untuk ikut serta kerana waktu itu masih dalam cuti sekolah. Mahu tidak mahu jam 11 pagi saya berlepas dari Pusat Perubatan UKM dan singgah mengisi patrol di sebuah stesen minyak di MRR2 pinggir Kampung Pandan. Terasa benar beza harga kerana saya harus membayar RM 64.00! Ketika singgah di Karak untuk solat Jumaat kami hanya makan tengahari dengan goreng pisang! Tambahan saya wajib memandu sejauh hampir 200 KM lagi maka untuk makan yang berat-berat menjadi pantang kerana akan mengantuk. Tiba di Kuantan habis minyak yang saya isi di Kuala Lumpur. Itu baru kenderaan yang hanya berkuasa 1.3 sahaja. Keesukannya (7 Jun) saya bersama-sama tiga orang puteri menguruskan program sendiri ke Kemaman yang jauhnya 40KM dari Beserah. Ketika tiba di Kuala Kemaman hati saya terus berdetik melihat suasa

Sejarah 1931 hingga 2008

Imej
Mari kita lihat dua keping foto yang berlatar belakangkan tahun 1931. Bangunan ini mungkin yang termegah tahun 1931! Manakan tidak ia berdiri megah di jalan utama Bandar Maharani (Muar)berhampiran Sungai Muar,Johor Darul Takzim yang penuh bersejarah itu. Menariknya ialah waktu ini telah memgambarkan tiang-tiang arial tv yang melambangkan negara telah maju. Tambahan deretan kenderaan zaman kini menjadi saksi pada bangunan yang sudah berusia 77 tahun itu. Tidak jauh dari bangunan tersebut terdapat jambatan pertama Muar yang telah menamatkan perkhidmatan feri menyeberang Sungai Muar.

Sejenak memikir tentang kematian

Semasa menjamah hidangan makan malam bersama keluarga malam tadi saya menerima panggilan telefon daripada Hj. Wahid dari Kedah "Cek Teh adik kak Habsah dah meninggal dunia semalam" Saya tergamam sebab agak lama juga tidak menerima berita kematian sahabat,saudara dan sebagainya. Dengar berita dalam radio, TV dan akhbar hari-hari. Namun berita kematian mereka yang kita kenali amat berbeza. Berita kematian Cek Teh tidak mahu saya besarkan di sini sebab anda tidak mengenalinya. Cuma saya ingin bertanya anda sudah berapa lama anda tidak mendengar talkin di tanah perkuburan? Kalau nak insaf betul-betul beli buku yang ada bacaan talkin bacalah sendiri. Tentu seramkan?

Haruskah begini?

Ketika saya keluar dari surau setelah selesai menunaikan solat Magrib di hentian jejantas lebuhraya Air Keroh, Melaka arah ke Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu telah disapa oleh tiga anak gadis berbaju kurung warna merah. Mereka menunjukkan botol kerim minyak angin. Sapaan begini biasanya saya layan dengan positif dengan menghulurkan wang tanpa membeli minyak angin tersebut. Perkara yang sama telah saya lakukan pada 18 Mei lalu semasa saya dalam perjalanan pulang ke Muar, Johor. Malam tersebut saya terus menyapa anak gadis ini dengan untuk menghilangkan keraguan yang telah saya pendamkan sejak sekian lama. Menerusi laman ini saya turunkan petikan perbualan saya dengan anak gadis ini. S: Anak-anak ni datang dari mana? J: Kedah....(negeri asal saya) S: Tak sekolah ke mai jauh-jauh ni sedangkan esuk hari sekolah (hari itu cuti umum Wesak). J: Sekolah...... S: Kalau sekolah macam mana ada kat sini.Esukkan hari sekolah? J: Kami sekolah kat Port Dickson.... S: Kata datang dari sekolah,

Perbualan hanya lima minit

Di sebuah bangunan milik organisasi badan berkanun di Kuala Lumpur. Setelah puas menunggu anak saudara menghadiri temuduga saya keluar dari kereta setelah membaca buku dan akhbar. Bayangkan dari jam 8 pagi hingga jam 11 pagi itulah masa yang telah digunakan. Setelah keluar saya melihat gelagat seorang lelaki india (maaf, ini cerita benar tanpa mahu meletakkan isu apa-apa). Dia menyanyi-nyanyi sendirian sambil mencari-cari sesuatu. Selang lima belas minit dia kembali semula ketempat yang sama dengan membawa sebuah kereta tolak beroda satu. Lelaki india itu mengambil beberapa plastik hitam berbentuk bergulung. "Hallo..., berapa awak dapat satu hari jual ini barang?", tanya saya. "30 kadang 40 (dalam RM la tu...)" jawab lelaki india tersebut. Saya mengangguk kepala. "Ini barang awak angkat ka?" sambil menunjukkan lobang empat segi yang telah tinggal lobang saja. "Ini tarak ambil. Itu kedai pun tak mau angkat. Tapi ada kedai sana Sungai Besi

Seorang pesakit di sebuah hospital ternama

Empat malam saya tidur di masjid sebuah hospital ternama bersama dua anak yang masih kecil kerana isteri baru lepas bersalin anak ketiga. Anak dan isteri saya ditahan kerana kerana tekanan darah rendah. Seorang pakcik menjadi kenalan baru saya. Dari perbualan saya mengetahui beliau merupakan seorang pesakit mental kerana mengalami tekanan jiwa akibat isterinya curang dengan lelaki lain. Empat malam saya dan anak-anak dilayan macam bertamu di rumahnya. Sedangkan saya hanya menumpang tidur di masjid.Dia memasangkan ubat nyamuk sewaktu anak saya tidur. Saya sempat bertanya kenapa dia tidak tinggal di wad hospital. Jawabnya mudah, "mana abang boleh tahan doktor kata abang gila sedangkan abang dapat sakit tekanan perasaan. Dia orang ingat abang tak faham bahasa Inggeris?" Saya mengangguk dan terfikir oleh saya kesian dia kena makan ubat, tapi perasaannya langsung tidak mahu difahami. Dalam dia mengalami tekanan perasaan dia masih berperasaan

Seorang mak cik di farmasi hospital ternama

Sedang saya menunggu nombor giliran untuk mengambil ubat di sebuah farmasi Hospital ternama (rahsialah tu). Saya duduk disebelah seorang perempuan warga emas. Dia memandang saya dan saya melemparkan senyuman kepadanya. "Nak minta duit sikit....." tanpa berfikir panjang terus memberikan sedikit wang (rahsia lagi jumlahnya. "Allah murahkan rezeki anak ni... mudah-mudahan naiklah pangkat anak" Saya hanya mampu tersenyum sebab dialognya sudah tentu didengari oleh pesakit lain yang sedang menunggu untuk mengambil ubat. "Makcik sakit apa...?" "Makcik sakit jiwa" jawabnya selamba. Saya masih mampu berfikir dan berdetik dalam hati..., "kesian dia datang seorang diri ke hospital tanpa diiringi waris...."

Perjalanan 30 minit menjadi 3 jam!

Jam 5.15 petang saya menghidupkan kenderaan untuk menjemput isteri di Pusat Perubatan UKM (dulu HUKM). Hujan di kampus UKM Bangi lebat sekali. Tiba di hentian laluan Serdang ke Sungai Besi saya berhenti solat Asar. Hujan masih lebat. Selesai solat isteri mengirim sms "kat sini (PPUKM) hujan lebat". Tiba di pondok tol, kenderaan berbaris panjang. Jarak kenderaan saya dengan pondok tol lebih kurang 80 meter. Saya sudah boleh menduga pasti kena tersangkut panjang kat situ. Jam menunjukan sudah 6.08 petang. KLFM (radio orang KL) melaporkan menerusi sms DAPAT banyak jalan sesak!. Kemudian DJ KLFM menghubungi pihak pengurusan Terowong Smart. Terowong belum ditutup. Biar apa pun saya tanpa sedar tak sedar menghidupkan enjin tepat jam 7.54 malam. Tiba di perhentian LRT Bandar Tasik Selatan untuk menjemput anak orang ramai sedang menunggu bas, teksi atau suami/isteri. Jam 8.15 malam saya selamat menjemput isteri di PPUKM. Begitulah hebatnya manusia di Kuala Lumpur! Jika bukan

Kisah tandas (bilik air)

Seorang menteri yang berucap disuatu majlis, beliau menceritakan kisah menggunakan tandas disebuah negara. Beliau hairan kenapa pengguna tandas lambat keluar setelah selesai melepaskan hajat mereka. Rupa-rupanya ujar menteri tersebut, setiap pengguna tandas di negara tersebut mereka akan mencuci kesan kekotoran hasil "membuang hajat" mereka demi keselesaan orang selepasnya!! Wau...cuba anda bayangkan jika semua rakyat kita bersikap seperti itu sudah tentu tandas dinegara kita tidak kotor dan tidak perlu ada pencuci tandas. Tapi cuba anda bayangkan tandas di negara kita yang ada pencuci masih kotor!!

Mengajar tanpa kita sedari

Ramai diantara kita menerima e-mel. Ada yang berkesan malah ada yang langsung tidak meninggalkan kesan kepada kita. Saya ingin membawa anda dengan satu e-mel yang membuatkan saya jadi tergamam! Isi e-melnya ringkas namun amat berkesan. Saya tidak mahu memberikan nama sebenar penulis e-mel dan isi sebenar (asli) dari e-melnya. Namun cuba anda fahami moral cerita dari e-mel berikut: "Saya pelajar Encik yang paling malas. Namun setelah dewasa, dan bekerja kini baru saya faham apa yang En. syarahkan semasa En. mengajar di kuliah dulu." "Saya masih ingat semasa kita membuat outing ke Taman Burung KL, kita sama naik komuter. Paling menyentuh perasaan saya ketika En. sanggup berdiri dan memberikan tempat duduk kepada seorang wanita mengandung. Saya terfikir satu pelajaran secara tidak sedar telah En. lakukan" Sebagai maklumat anda, saya sudah lupa peristiwa tersebut, namun setelah membaca e-mel itu baharulah saya terfikir rupa-rupanya ada masanya kita mengajar masy