Catatan

Tunjukkan catatan dari 2005

Catatan sepanjang Aidilfitri 1426/2005

Aidilfitri 1426 bagi saya agak berbeza dengan sambutan tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini kami (keluarga isteri) kehilangan orang tersayang-Ibu mertua. Kerana tahun ini dia tiada lagi kerana tahun lepas merupakan hari raya terakhir buat kami anak menantu bersamanya. Jangan tanya emak dan ayah saya, kerana saya sudah kehilangan ayah sejak 1969 lagi. Emak saya 1991. Ayah mertua 1992. Setiap tahun setahu saya, saya merupakan orang terawal bersalam dengannya sebelum pergi solat raya! Kerana saya tahu betapa bernilainya seorang ibu, biarpun dia ibu mertuaKu! Tahun ini juga cukup berkesan bagi saya kerana kesan Tsunami masih menghantui dunia. Ramai anak-anak yatim merenung sayu entah di mana pusara ibu ayah, adik kakak dan abang mereka. Dan paling mneyedihkan mereka juga terus tiada atuk dan nenek!! Kita masih bersyukur walaupun kehilangan orang tersayang, tapi pusara masih ada untuk diziarahi.......... Paling menyayukan nasib mereka yang ditimpa gempa bumi semasa bulan Ramadhan lalu. Ran

IsteriKu trauma

Imej
Inilah yang dikatakan takdir Allah. Jika Allah hendak menguji hambanya tetap Dia uji. 1 Ogos saya ke Wisma UNIKEB (Koperasi UKM) nak ambil cek dividen 2004. Ahhh bukan banyak sangat, cukuplah kalau nak bawa anak-anak beli baju dan "jalan-jalan cari makan ". Tidaklah lama di Wisma UNIKEB. Lepas tu keluar......,dan nak balik ke pejabat hantar isteri ke tempat kerja dia. Entah macamana tiba di simpang berhampiran Jabatan Pembangunan saya membelok masuk ke Pusat Penerbitan dan Percetakan. Nak hantar wang hasil jualan foto kat Hj. Mail. Park kereta betul-betul depan foyer...... Kat dalam berborak sekejap dengan Anah, Ikhwan dan En.Rosly. Isteri saya kata tak mau simpan wang orang lama-lama takut kena curi....Tak sampai 10 minit kami keluar. Wau....!! "Tayar kereta kita bocor....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" kata saya "Mana?" tanya isteri.......Saya buka kereta nak ambil jeck..... Woii saya terkejut. Cermin pintu sebelah pemandu pecah. Ahhh mula-mula lurus

Berakhir sebuah kehidupan

Pengalaman selalunya mengajar kita erti sebuah kehidupan. Bermula 4 Disember 2004 telah mengukir satu lagi pengalaman baru buat saya. Semasa isteri memberitahu saya emaknya jatuh di bilik air satu igauan telah menerjah ke benak saya. Isteri saya agak cemas kerana pesanan SMS dari adiknya mengatakan emaknya patah kaki. Saya telah mengulang membaca sekali lagi. Bukan kaki yang patah, tapi tangan emaknya yang patah 4 Disember 2004 Kami tiba di Segamat. Malam itu isteri saya tidur disebelah emaknya. Sampai pagi emaknya tidak selesa tidur kerana badannya yang besar menyulitkan tidurnya. Tangan emaknya sakit sekali.Dia tidak "koma" seperti kebiasaan berlaku pada orang seusianya (74 tahun) apabila terjatuh di bilik air.Syukur fikir saya. Oleh kerana hari Isnin kena bertugas, petang Ahad kami pulang ke Bangi. Bisik saya "pada diri saya"; semasa emak saya sakit Leukimia 13 tahun dulu isteri begitu setia menjaga emak saya, jadi masakan sekarang saya tidak boleh memb

Emak dan kita

Ogos 1991: Doktor di sebuah klinik swasta meminta aku melihat mata emak. Dia kata mata mak saya putih dan tidak merah.Katanya dia akan membuat satu surat lampiran untuk diserahkan kepada Hospital Kajang. Dengan pemanduan yang luar biasa tapi masih berhati-hati saya ke Hospital Kajang. Malam itu emak ditahan di Hospital Kajang. Esoknya 4 beg darah dimasukkan ke badan emak. Lusa emak dikelambukan. Kata Jururawat; emak awak kena Denggi Berdarah...! Setiap hari aku dan isteri menjadikan Hospital Kajang sebagai rumah kedua. Tengahari pergi melawat emak petang selepas balik kerja juga begitu. Esoknya bila aku sampai, kelambu yang digunakan untuk emak dah ditanggalkan. Jururawat kata emak saya perlu dibawa ke Institut Penyelidikan Perubatan di KL (IMR) untuk mengambil air tulang belakang. Aku jadi risau. Ramai kawan-kawan yang pernah bekerja di bidang perubatan aku buat rujukan.Kata Kak Mimi isteri temanku, kalau setakat ambil kat tulang punggong tak serius sangat. Akhirnya aku faha